Mula ditubuhkan pada tahun 2022 oleh Jawatankuasa Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin wahid, dengan keahlian awal seramai 156 orang pada tahun penubuhan. Pengurusan Badan Khairat Kematian adalah dipertanggungjawabkan sepenuhnya di bawah Biro Kebajikan, Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid.
Keahlian Badan Khairat Kematian ini HANYA dibuka kepada penduduk Islam yang bermastautin dalam kariah Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti.
Keahlian khairat kematian terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu :
1 – Keahlian seumur hidup dengan bayaran sebanyak RM800 sekali sahaja
2 – Keahlian tahunan dengan bayaran sebanyak RM60 setahun
Manakala yuran pendaftaran adalah sebanyak RM10 sekali sahaja
Klik pada pautan berikut untuk menyemak senarai peserta
https://app.mjtsaw.my/khairat/senarai-peserta
atau imbas kod QR di bawah